Web Rasmi SMK Batu Lapan Sik


Kini SMK Batu Lapan mempunyai domain sendiri di http://smkbl.edu.my segala maklumat terkini akan dipaparkan di sana

Advertisements

Lencana Final


Setelah melalui beberapa kali perbincangan dan perubahan mengenai lencana sekolah, berikut adalah lencana yang dipilih cuba perhatikan dan lihat apakah perbezaan kedua-dua lencana ini sila beri komen anda

lencana-smkbl

 

 

Hari Pertama


Ini gambaran hari pertama persekolahan bagi pelajar baru SMKBLa setelah melapor diri pada 4.7.2010.

SMKBLa menerima pelajar-pelajar dari SMK Chepir dan SMK Seri Enggang yang terdiri dari tingkatan 1,2 dan 4.

Pada hari pertama ini pelajar dibahagikan mengikut Elektif KHB, kelas-kelas yang dibentuk ialah tingkatan 1, 4 kelas,  tingkatan 2 , 3 kelas dan tingkatan 4, 3 kelas.

Pelajar juga diberi penerangan peraturan sekolah,

This slideshow requires JavaScript.

Suasana Hari Pendaftaran


Pukul 7.30 sampai dah waris dan pelajar walaupun pendaftaran bermula pukul 8.00 pagi.

Tapi tak kisah la, kita semua dah ‘ready’ pendaftaran berlaku dengan dengan teratur.

Aku kena daftar budak tingkatan 1, lepas tu bawak masuk dewan besar, apa berlaku di dewan terbuka aku kurang ketahuan, walaupun begitu aku ambik tau juga la.

PPD Baling Sik pun hadir, dua kakitangan PKG ( PTP1 dan Juruteknik ) pun ada, mereka dijemput untuk merakamkan peristiwa – terima kasih.

Aku ada jemput jurukamera dari SMK Sik cikgu Zulkifli Malek, dia pun mari juga – terima kasih zul.

Tok Imam masjid Sik ( Ustaz Ahmad )pun ada, beberapa orang tokoh agama lagi.

Perjalanan taklimat waris, pelantikan AJK penaja PIBG dan Majlis bacaan Yaasin berjalan lancar. Taklimat pelajar juga lancar, siap dengan pelantikan pengawas lagi.

Hari ni bertuah sungguh la, toke kantin buat kenduri, dia jamu semua, cikgu-cikgu, waris-waris dan budak-budak sekolah – jazakallahukhairan khathira. Panjang umur murah rezeki.

Budak sekolah khelik habih, kami pulak mesyuarat habis pukul 2.30 ptg, baru pakat buleh khelik.

This slideshow requires JavaScript.

sekian laporan dari oghang kapong Batu Lapang.

Pendaftaran Pelajar Baru 2010


Selamat datang ke SMK Batu Lapan Sik Kedah kepada guru-guru dan pelajar baru.

Pendaftaran pelajar untuk ambilan pertama pada

Tarikh : 4 Julai 2010, Masa :
8.00 – 10.00 pagi
Tempat : Dewan Terbuka
Perasmian Tuan Pegawai Pendidkan Daerah Baling Sik

Majlis bacan Yaasin juga akan diadakan

Maklumat Lanjut di sini

Blog Stats

  • 9,460 hits
%d bloggers like this: